Pesawat Boeing 777 dilarang guna ruang udara UK

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pihak berkuasa penerbangan United Kingdom (UK) mengeluarkan larangan sementara menggunakan ruang udara membabitkan pesawat jenis Boeing 777.


Larangan itu susulan insiden enjin pesawat jenis Pratt & Whitney 4000-112 yang terbakar baru-baru ini di Denver.


Keputusan itu dibuat menerusi satu kenyataan oleh Menteri Pengangkutan United Kingdom, Grant Shapps menerusi hantarannya di Twitter.

 

“Berikutan insiden yang berlaku baru-baru ini, pesawat yang menggunakan enjin berkenaan akan digantung sementara daripada memasuki ruang udara United Kingdom,” katanya menerusi hantaran tersebut.

 

Dalam pada itu, Grant Shapps turut menjelaskan tiada sebarang penggunaan enjin jenis tersebut yang digunakan oleh negaranya.

 

“Enjin tersebut tidak digunakan oleh mana-mana syarikat penerbangan United Kingdom dan hanya dikendailkan syarikat penerbangan di Amerika Syarikat, Jepun, dan Korea Selatan.

 

“Difahamkan pihak berkuasa juga telah menghentikan penggunaan enjin tersebut,” katanya lagi.

 

text

 

Baru-baru ini, pesawat United Airlines dilaporkan terbakar pada Isnin akibat kebakaran enjin sebaik sahaja berlepas.

 

Susulan insiden tersebut, pesawat yang membawa seramai 231 penumpang serta 10 anak kapal itu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Denver.

 

Kejadian itu turut menyaksikan beberapa serpihan enjin pesawat jatuh di beberapa kawasan perumahan di sekitar Colorado.

 

Syarikat pengeluar pesawat Boeing memutuskan pada Isnin untuk menggantung pengeluaran jenis 777 berikutan insiden tersebut.

 

Penggantungan itu membabitkan sebanyak 128 buah pesawat yang menggunakan enjin Pratt & Whitney PW-400.

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, kekerapan pesawat tentera republik itu menceroboh ruang udara negara ini juga…
Berita Global
  Menurutnya, dengan menggunakan bahan-bahan seperti sisa buangan isi rumah, kumbahan dan minyak…
Berita Global
  Menurut FlyDubai, satu daripada pesawat Boeing 737-800s miliknya bertembung dengan kapal terbang…