Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air terputus hubungan 4 minit selepas berlepas

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah pesawat Sriwijaya Air dilaporkan terputus hubungan selepas empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Soekarno-Hatta, Cengkareng, Jakarta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada media tempatan DetikNews, pesawat yang dilaporkan hilang itu adalah Sriwijaya Air dengan nombor penerbangan SJ 182 dengan nombor pendaftaran PKCLC.

Pesawat jenis Boeing 737-500 itu dilaporkan terbang dari Bandara Soekarno-Hatta menuju ke Pontianak, dan terputus hubungan di sekitar Pulau Lancang, Kepulauan Seribu pada altitud ketinggian melebihi 10,000 kaki.

 

Sumber: DetikNews, FlightRadar24

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan laporan mengenai…
Berita Domestik
Landasan itu ditutup dari jam 1.15 pm hingga 4.15 pm untuk mengalihkan pesawat jenis Beechcraft…
Berita Global
Tidak diketahui punca sebenar kenapa juruterbang itu terpaksa menggunakan kerusi anjal. Namun yang…