Pesawat Batik Air langgar jejantas balai pelepasan

oleh SALINA JALIL|
Sebuah pesawat Batik Air yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, melanggar sebuah jejantas yang menghubungkan pintu masuk pesawat dengan balai pelepasan, lapor portal Coconut semalam.


Menurut laporan, akibat pelanggaran tersebut, sayap kiri pesawat itu mengalami kerosakan kecil selain jejantas tersebut turut rosak sedikit, namun masih beroperasi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Kira-kira pukul 9.30 pagi kelmarin, pesawat Batik Air itu telah pun berhenti sepenuhnya. Namun, secara tiba-tiba pesawat bergerak ke hadapan yang menyebabkannya berlanggar dengan jejantas tersebut.

 

“Ketika itu, para penumpang masih belum turun dari pesawat dan sedang menanti pengumuman untuk meninggalkan pesawat,” kata Pengurus Komunikasi dan Undang-Undang PT Angkasa Pura I, Taufan Yudhistira.

 

PT Angkasa Pura I merupakan syarikat yang mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

 

Sementara itu, Ketua Polis Denpasar, Avitus Panjaitan berkata, pesawat tersebut bergerak ke hadapan kira-kira empat ke enam meter meskipun selepas juruterbang membuat pengesahan kepada kru darat bahawa ia telah berhenti sepenuhnya.

 

Pesawat dengan kod penerbangan ID 6505 yang berlepas dari Jakarta itu membawa 119 penumpang dan empat kru penerbangan.

 

Difahamkan, pesawat itu kini ditahan seketika bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa lapangan terbang untuk menjalankan siasatan. 

 

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

 

 

– AGENSI/Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan laporan mengenai…
Berita Domestik
Landasan itu ditutup dari jam 1.15 pm hingga 4.15 pm untuk mengalihkan pesawat jenis Beechcraft…
Berita Global
Tidak diketahui punca sebenar kenapa juruterbang itu terpaksa menggunakan kerusi anjal. Namun yang…