Pesawat Air India Express terhempas ketika cubaan mendarat, juruterbang terbunuh

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah pesawat Boeing 737 Air India Express dilaporkan terhempas ketika sedang melakukan cubaan mendarat di lapangan terbang Kozhikode, Kerala petang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah seorang daripada juruterbang turut dilaporkan terbunuh akibat kejadian tersebut.

Gambar awal dari lokasi kejadian menunjukkan pesawat tersebut terbelah dua dan sekurang-kurangnya 40 orang dipercayai cedera berdasarkan laporan awal.

Penerbangan AXB1344 yang membawa 191 orang penumpang berlepas dari Dubai menuju ke Calicut dan ia merupakan sebahagian daripada Vande Bharat Mission untuk membawa pulang mangsa yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Ketika sedang melakukan cubaan mendarat, cuaca di lapangan terbang Kozhikode dilaporkan mengalami hujan lebat mengakibatkan pesawat Air India Express tersebut tergelincir dari landasan sebelum terjauh ke dalam gaung sedalam 30 kaki.

 

Sumber: Hindustan Times