Pesawat adijumbo A380 mula dijadikan sebagai sumber alat ganti

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semenjak pengumuman mengejut yang dibuat oleh Airbus untuk menghentikan produksi pesawat Airbus A380 itu, ada di antara unit yang telah dihentikan tugasnya dan dileraikan untuk dijadikan sebagai sumber alat ganti. 

Menurut laporan daripada Reuters, sehingga kini mereka mendapati dua unit A380 telah mula dilupuskan dan segala komponen yang penting dileraikan dalam masa tiga bulan selepas pengumuman tersebut. 

Dua unit pesawat tersebut merupakan unit yang digunakan oleh Singapore Airlines selepas 10 tahun penggunaan dan sudah mula menjalani proses pelupusan di lapangan terbang Tarbes Lourdes, Perancis.

Air France pula khabarnya akan memulangkan lima unit A380 apabila tempoh pajakan mereka tamat pada tahun 2021.

 

sumber: Twitter


Menurut rekod, Airbus telah menghasilkan kira-kira 235 buah pesawat A380 dan 233 unit daripadanya masih  lagi beroperasi di seluruh dunia. 

Hasrat Airbus untuk menguasai ruang udara menerusi A380 nampaknya tidak kesampaian apabila kos penyelenggaraan dan operasi adalah terlalu tinggi selain mengalami kekurangan penumpang yang ketara setiap kali penerbangan. 

Oleh sebab itu penggunaan A380 tidak begitu mendatangkan keuntungan kepada pengendali penerbangan, dan kebanyakan daripada mereka memilih pesawat yang lebih bersesuaian dengan sesetengah laluan popular seperti Airbus A330neo dan A350.

Namun, bagi para peminat aviasi usah risau kerana Airbus A380 direka supaya mempunyai jangka hayat operasi melebihi tempoh 20 tahun, dan anda masih mempunyai masa untuk melihatnya terbang dan mendarat di lapangan terbang utama dunia. 

Sumber: Business Insider

Berita Berkenaan

Berita Global
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Airbus A380, sebuah model kapal terbang dua tingkat wide-body…