Pesanan manja buat "haters" Proton

oleh DIANA ISMADI|
"Saya rasa menyampah dan geram bila ada kenalan yang tak pernah sentuh dan pandu kereta Proton tapi sibuk nak mengata kereta Proton tak bagus. Ini yang saya gelarkan umpama bercakap seperti tin kosong" kata Nazir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itulah luahan rasa geram yang dikongsikan oleh seorang pencinta kenderaan jenama Proton terhadap "haters" yang konon-kononnya arif tentang kereta Proton.

 

Mohd Nazir bin Daut, 32 tahun berasal dari Jitra, Kedah tetapi kini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan seorang pengguna setia kenderaan Proton sejak dari tahun 2003 hingga kini. 

 

Mohd Nazir bin Daut

 

Setakat ini, beliau pernah memiliki empat model Proton iaitu Saga, Gen2, Persona dan Iriz MT. 

 

"Saya memang seorang yang pantang dengan kereta Proton, maksud saya, pantang ada sahaja kereta baharu di bilik pameran, saya pastinya orang pertama yang menerjah bilik pameran Proton untuk memandu uji model-model terbaru" ujar Nazir.

 

Menurut Nazir, beliau sangat menyayangi jenama Proton bukan hanya semata-mata kerana semangat patriotik tetapi kerana hakikatnya kereta Proton itu memang bagus. 

 

Proton cars

 

"Saya bukan sengaja mahu mengampu kereta jenama Proton, tapi pengalaman saya menggunakan kereta Proton adalah sangat memuaskan"....

 

"Bagi seorang yang gila stereng dan menghargai kepuasan memandu, saya pilih Proton kerana ia boleh beri saya nikmat pemanduan yang saya mahu. Selain itu, ia cukup selesa dan yang mustahak, ia sedap untuk dipandu" tambah Nazir.

 

Sesuatu yang buatkan kami rasa Nazir ini betul-betul peminat kereta Proton adalah apabila tidak pernah jemu mencuba untuk mengubah pelbagai persepsi negatif kenalan beliau yang selalu mengutuk kereta Proton.

 

Apa yang beliau lakukan? Mudah sahaja untuk mematahkan hujah-hujah si "haters" Proton....

 

"Cara saya mudah, jika rakan saya tak pernah pandu kereta Proton, saya hulurkan mereka kunci kereta saya. Biarkan mereka pandu sendiri, saya tak perlu cakap apa-apa untuk buktikan yang kereta Proton memang bagus" kata Nazir.

 

Menurut Nazir, beliau selalu bersemangat untuk membuktikan bahawa yang sebenarnya kereta Proton memang bagus kepada "haters" yang selalu mengutuk. Bila dah pandu, baru mereka tahu dan rasa sendiri kenapa Nazir memilih Proton. 

 

Nampaknya cerita Nazir semakin menarik apabila beliau turut mengatakan yang kepuasan memiliki Proton tidak terhenti setakat membuktikan bahawa kereta Proton itu bagus. 

 

Satu lagi nikmat sebagai penguna Proton adalah apabila dapat melihat perubahan reaksi wajah "haters" Proton yang insaf dari terus mengutuk tanpa sebarang bukti. Itu merupakan kepuasan buat Nazir.

 

"Bila mereka dah pandu uji dan tahu kereta Proton itu ada kualiti yang tersendiri, persepsi mereka terus berubah sama-sekali... Dan paling seronok, apabila reaksi wajah itu berubah. Itulah kepuasan buat saya dan saya amat berbangga memiliki kereta Proton" ujar Nazir.

 

Dahla bagus, poket jimat dan mudah untuk diselenggara. Menurut Nazir, selain mempunyai kualiti yang baik, kereta Proton juga menawarkan kos selenggara yang rendah. Sepanjang memiliki kereta Proton, beliau tidak pernah mengalami sebarang masalah kronik dengan kenderaan beliau dan kerana itu, keyakinan beliau dengan Jenama Proton sentiasa bertambah.

 

Kereta Proton terbaik yang pernah dimiliki Nazir..

 

Pengalaman paling menyeronokkan yang beliau kongsikan adalah memiliki Proton Iriz MT 1.3. Kereta terbaik dan paling beliau sayangi yang digunakan sehinnga kini.

 

Proton Iriz MT

 

"Iriz manual, kereta terbaik yang pernah saya miliki. Sampai sekarang, inilah kereta yang saya gunakan untuk ulang-alik dari Kota Bharu untuk pulang ke kampung di Jitra. Kawan-kawan saya yang dah mencuba, sangat kagum dengan prestasi dan pengendalian jentera ini." kata Nazir.

 

Walau apa pun yang dilalui Proton kini, Proton tetap jenama kereta nasional pertama. Hanya yang dah cuba pandu sahaja akan tahu. 

 

"Ramai "haters" Proton kini kutip cerita dari orang lain sahaja. Ada yang tak pernah cuba langsung kereta Proton generasi terbaru ini, hanya berkata-kata berdasarkan model yang lama"

.

"Nasihat saya, cuba dahulu kemudian baru tahu kualiti yang ditawarkan oleh kenderaan Proton kini. Proton antara kereta paling sedap dipandu dalam kelas masing-masing" kata Nazir.

 

Pengajarannya di sini, tak kenal maka tak cinta, belum cuba belum tau!


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…