Pesanan Khidmat Masyarakat - Sebab kenapa anda perlu elak parkir tepi pili bomba

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gambar yang dibekalkan ini merupakan salah satu contoh yang sangat bagus kepada para pemandu yang sangat malas di luar sana supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang. 

Pili bomba atau fire hydrants seperti mana yang kita (yang berfikiran waras) merupakan antara kawasan larangan parkir kenderaan. 

Kehadiran kereta akan menyukarkan pasukan penyelamat sukar untuk melakukan tugas-tugas mereka, sehinggakan mereka terpaksa berbuat sesuatu, termasuklah memecahkan cermin kereta!

Oleh kerana tiada pilihan, pasukan bomba Anaheim Fire & Rescue terpaksa mengambil jalan mudah dengan memecahkan cermin kereta tersebut untuk memposisikan hos air, sebelum pihak berkuasa mengeluarkan saman dan mengalihkan kenderaan tersebut setelah selesai kerja menyelamat. 
 


Nampaknya, terdapat juga pihak netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan tersebut, sehinggakan pasukan tersebut terpaksa membuat justifikasi tindakan mereka menerusi jawapan berikut:

"Kami tidak ingin untuk memalukan sesiapa, dan tujuan kami memecahkan tingkap kereta adalah supaya aliran air bergerak 'lurus' untuk memudahkan kerja memadamkan api.

"Jika saluran air dilalukan di bahagian bawah, atau atas kereta, atau membuat pusingan di sekeliling kereta, ia tidak akan berfungsi!"

"Biasanya kami tidak akan merosakkan harta benda, melainkan jika keadaan benar-benar memerlukan," ujar jawapan menerusi Twitter. 

 


Bergantung kepada lokasi, sesebuah pili bomba mampu memancurkan tekanan air sehingga 350 kPa dengan kapasiti air sehingga 5,678 liter per minit. 

Jika keadaan hos yang tidak lurus, kadar tekanan aliran air yang sangat tinggi akan menyebabkan kejadian "tukul air" yang mampu merosakkan harta benda sekeliling. 

Jadi, fikirkanlah akibat sebelum anda gemar melakukan kerja yang menghalang tugas-tugas penjawat awam, khususnya pasukan penyelamat. 

Apatah lagi di zaman yang cepat tular ini, mungkin gambar kenderaan anda akan menjadi popular di bawang  oleh netizen. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada malam terakhir, sebuah kebakaran berlaku di premis seberang jalan dan pihak bomba berkata itu…