Pesakit pertama COVID-19 Proton sudah sembuh

oleh Mohamad Hanif|
Lanjutan daripada kes COVID-19 yang dilaporkan sebelum ini, Careta difahamkan pesakit pertama daripada Kluster Auto dikatakan sembuh daripada jangkitan coronavirus tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sumber yang rapat dengan kes tersebut memberitahu Careta, pesakit pertama berumur 49 tahun itu dan menetap di Putra Heights sebelum ini mengadu tidak sihat pada 5 Oktober, dan diberikan sijil sakit. 

Beliau dikatakan mendapat jangkitan pertama tersebut daripada Surau di tempat kediaman. 

Beliau kemudian menjalani diagnosis pada 14 Oktober yang lalu sebelum disahkan negatif daripada COVID-19 pada 16 Oktober. 

Sebagai makluman, kesemua kos rawatan untuk pesakit pertama dan kontak rapatnya ditanggung sepenuhnya oleh Proton. 
 

protokol yang digunakan oleh Proton berhubung kes Kluster Auto


Sehingga kini, terdapat kira-kira 500 kes yang masih lagi menunggu keputusan diagnosis, dan Proton kini sedang berbincang dengan KKM berhubung tindakan yang perlu diambil susulan kes Kluster Auto ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penularan di dalam negara…
Berita Domestik
Menurut keterangan yang dilihat oleh Careta, Proton menurut kesemua SOP yang disarankan oleh pihak…
Berita Domestik
Menurut memo yang dilihat Malaysiakini, semua pekerja di jabatan berkaitan diminta kerja dari rumah…