Peruntukan RM50 juta bangunkan infrastruktur digital Litar Neraka Hijau

oleh Mohamad Hanif|
Buat kali pertama dalam tempoh hampir 100 tahun, fasiliti Litar Nurburgring mendapat projek naiktaraf yang paling komprehensif dengan nilai pelaburan bernilai 11 juta euro (RM50.87 juta).
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Projek naiktaraf itu bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan yang bakal memanfaatkan bukan sahaja pelumba dan pemandu uji industri automotif, malah  pengguna awam yang turut menggunakan fasiliti itu untuk sesi litar Nurburgring Touristfahrten.
 

nurburgring


Menjelang tahun 2025, sebuah infrastruktur serba baharu akan dibina di sekitar litar, dimulakan dengan pemasangan asas dan tiang kalis ribut yang membawakan penggunaan kamera khas berdefinisi tinggi akan didirikan.

Sementara itu, kerja-kerja tanah akan turut dimulakan di sepanjang landasan untuk meletakkan saluran kabel gentian optik dan bekalan kuasa luar grid.
 

Audi


Panel-panel LED akan turut didirikan untuk menempatkan papan tanda amaran digital yang akan digunakan untuk menyampaikan amaran dan keadaan sebenar di litar terutama ketika berlaku kemalangan atau perubahan cuaca yang mendadak.

Pihak Nurburgring turut bekerjasama dengan Fujitsu untuk menilai sistem kepintaran buatan yang akan digunakan untuk mengesan bahaya, kemalangan dan acara yang tidak berjadual di atas litar, terutama pada seksyen antara Galgenkopf dan litar Grand Prix (Dottinger Hohe).
 

AMG one


Sistem AI itu tadi akan berterusan diperhalusi di dalam operasi langsung dan akan disesuaikan dengan keadaan semasa di Litar Nurburgring yang sangat terkenal sebagai salah satu litar paling mencabar di dunia.

Baca: Kenapa Litar Nurburgring digelar Neraka Hijau?

Sumber: CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya memang dapat merasakan, saya akui bahawa berlaku kegelapan cuma apa yang dimaklumkan kepada…
Berita Domestik
"Keseluruhan kos baik pulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir di Kelantan berjumlah RM10.6 juta…
Informasi
Beliau berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal…