Pertunjukan udara bertukar tragedi, dua pesawat bertembung dan terhempas (video di bawah)

oleh Penyumbang Rencana|
Dua pesawat era Perang Dunia Kedua bertembung sebelum terhempas ketika pertunjukan udara di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.


Rakaman video menunjukkan kedua-dua pesawat berkenaan bertembung ketika terbang rendah menyebabkan salah satu daripadanya terputus dua sebelum terhempas.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Kedua-dua pesawat berkenaan, satu daripadanya pesawat Boeing B-17 Flying Fortress, mengambil bahagian dalam pertunjukan udara di Dallas.

 

"Menurut Pemeriksa Perubatan Daerah Dallas, terdapat enam kematian daripada insiden pertunjukan semalam," kata Hakim Daerah Dallas Clay Jenkins dalam tweet pada hari Ahad.

 


Dalam masa yang sama, Persatuan Juruterbang Bersekutu, yang mewakili juruterbang American Airlines, berkata Terry Barker dan Len Root, dua daripada bekas anggotanya adalah antara mereka yang maut dalam pertembungan itu.

 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam satu kenyataan berkata siasatan terperinci akan dijalankan di Pertunjukan Udara Wings Over Dallas bagi mengenal pasti punca kejadian.

 

Walaupun jumlah mangsa belum dapat dikenal pasti ketika ini, tiada mangsa dalam kalangan penonton mahupun petugas lain dilaporkan.

 

Tambahnya kira-kira 4,000 penonton berada di pertunjukan tersebut semasa kejadian.

 

Pesawat B-17 memainkan peranan penting dalam kemenangan ke atas Jerman ketika Perang Dunia Kedua.

 

Pesawat kedua dikenal pasti sebagai pesawat P-63 Kingcobra yang hanya digunakan oleh Tentera Udara Soviet ketika itu.

 

Video di bawah:

 

Agensi