Personaliti Top Gear, Andrew Flintoff dikejar ke hospital sewaktu penggambaran

oleh Mohamad Hanif|
Personaliti Top Gear, Andrew "Freddie" Flintoff dikejarkan ke hospital selepas mengalami kemalangan sewaktu penggambaran program televisyen tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kejadian tersebut berlaku di litar ujian Top Gear di Dunsfold, UK.

Butiran sebenar kejadian tidak didedahkan, namun menurut laporan laman web Top Gear, ia bukanlah kemalangan berkelajuan tinggi dan bintang itu tidak mengalami kecederaan serius yang mampu mengancam nyawa.

Mujur kru medik berada di lokasi kejadian segera menghulurkan bantuan dengan segera.

Flintoff telah menjadi hos Top Gear sejak tahun 2019 bersama-sama Paddy Mcguiness dan Chris Harris.

Ini bukanlah kali pertama Flintoff berdepan dengan situasi mencemaskan.

Pada tahun 2019, beliau dilapor terbabas dan terkeluar daripada landasan sewaktu menguji sebuah trike pada kelajuan 200 km/j. Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut BBC pada bulan Mac lepas, mereka telah memutuskan untuk menghentikan produksi rancangan…