Persona dinaiki lapan sekeluarga rempuh belakang lori berhenti, dua maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Tindakan pemandu lori perabot berhenti di tepi Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) untuk membuang air kecil mengundang padah sehingga mengorbankan dua nyawa di Kampung Chegar Perah di Lipis pada Jumaat.

Seorang wanita dan seorang kanak-kanak maut manakala lima lagi cedera setelah kenderaan dinaik lapan sekeluarga merempuh sebuah treler di Kilometer 37, dekat LTU.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kedua-dua mangsa Roslawati Mat Daud 50, dan Aqif Azfar Azman, 5, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kejadian pukul 5.30 pagi tadi.

Menurutnya, kemalangan maut melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta, Proton Persona dan lori di jalan menghala ke Merapoh itu berlaku setelah pemandu lori berhenti di susur jalan untuk membuang air.

”Hasil siasatan awal pihak polis mendapati pemandu seorang lelaki warganegara tempatan berusia 33 tahun bersama kelindan dari Melaka menuju ke Ketereh, Kelantan untuk menghantar perabot.

”Manakala pemandu kereta seorang lelaki warganegara tempatan berumur 45 tahun bersama tujuh orang ahli keluarga dari Klang, Selangor dalam perjalanan menuju ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu untuk menziarahi keluarga.

”Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori yang berhenti di tepi jalan,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Akibat kemalangan itu, pemandu kereta dan lima orang penumpang telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun pemandu dan dan kelindan lori berkenaan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati lelaki yang memandu kereta Toyota Vios itu dipercayai terlelap sebelum…
Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan tersebut datang dari arah Bukit Damansara sebelum…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang cahaya mata itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan…