Persoal langkah pengharaman kereta petrol di Jepun - Akio Toyoda dikritik pelabur Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Akio Toyoda merupakan antara susuk tubuh yang lantang mempersoalkan langkah kerajaan Jepun untuk menghentikan penjualan kenderaan berenjin konvensional menjelang tahun 2035.

Namun, tindakan beliau itu mengundang kritikan keras sesetengah pemegang kepentingan di dalam Toyota Motor.

Menurut laporan daripada Reuters, lima pelabur itu melahirkan kebimbangan syarikat gergasi automotif Toyota itu bakal ketinggalan di belakang pesaing-pesaingnya di dalam perlumbaan kenderaan elektrik.

Akio Toyoda menggunakan kapasitinya sebagai ketua Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (JAMA) mempersoalkan langkah kerajaan Jepun untuk menghentikan penjualan kenderaan ICE sepenuhnya menjelang tahun 2035.

"Apa yang perlu dilakukan oleh Jepun pada ketika ini adalah memperluaskan pilihan terhadap teknologi (hibrid dan juga hidrogen). Saya fikir peraturan dan perundangan hanya perlu dilaksanakan selepas itu.

"Keputusan untuk mengharamkan kenderaan petrol dan diesel sejak dari awal akan mengehadkan pilihan, dan mampu menyebabkan Jepun hilang kekuatannya," tambah beliau lagi.

Kelima-lima pelabur itu turut menambah langkah tersebut berkemungkinan besar meletakkan Toyota dalam keadaan bahaya pada masa akan datang, sementara pelabur dari Denmark pula mungkin akan menjual kepentingannya di dalam Toyota.

Setakat ini, wakil Toyota tidak memberikan sebarang penjelasan ketika dihubungi Reuters.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Mujur pada tahun 2009, Toyota mula diterajui oleh seorang Presiden dan CEO yang juga sememangnya…
Berita Global
Beliau memberikan amaran Jepun bakal kehabisan tenaga elektrik ketika musim panas jika semua…
Berita Global
Dalam satu sidang media yang diadakan oleh Japan Automobile Manufacturers Association (JAMA) baru-…