Persimpangan bertingkat Yong Peng Utara ditutup

oleh HEZERI SAMSURI|
PLUS Malaysia Berhad terpaksa menutup persimpangan bertingkat di Yong Peng (Utara) di KM99.30 Lebuhraya Utara-Selatan untuk menjalankan kerja-kerja menaiktaraf jalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Persimpangan bertingkat tersebut bakal memberi kesan kepada mereka yang datang dari arah Johor Bahru dan mahu ke Yong Peng, Batu Pahat atau Segamat.

Laluan alternatif yang dicadangkan oleh PLUS ialah seperti di bawah:

 


Penutupan persimpangan bertingkat itu bagaimanapaun tidak akan mengganggu pengguna-pengguna yang hendak masuk ke lebuhraya menggunakan Plaza Tol Yong Peng (Utara) itu.

Laluan masuk di plaza tol itu masih beroperasi seperti biasa.

Pengguna dari arah Kuala Lumpur juga masih boleh keluar menggunakan Plaza Tol Yong Peng (Utara) untuk ke Yong Peng, Batu Pahat dan Segamat.

PLUS meminta semua pengguna merancang perjalanan dan memberikan kerjasama ketika menggunakan lebuhraya tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…