Persatuan Haulier Malaysia sokong kempen PLUS "Satu Pembelian, Seribu Harapan"

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan bulan Kemerdekaan, Persatuan Haulier Malaysia dengan lebih 10,000 keahlian di seluruh negara menyeru rakyat Malaysia yang dibenarkan bergerak merentas negeri untuk menyokong kempen Satu Pembelian Seribu Harapan untuk membantu komuniti peniaga di R&R sepanjang lebuh raya PLUS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Mohamad Azuan Masud, Setiausaha Eksekutif Persatuan Haulier Malaysia menjelaskan, erti Merdeka kali ini dirasakan lebih bermakna kerana seluruh rakyat Malaysia bersatu untuk memerangi musuh sebenar, iaitu COVID-19 yang bukan sahaja memusnahkan cara hidup, malah memaksa rakyat untuk lebih berwaspada serta patuh kepada norma baharu.

"Merdeka ini, kami dari Persatuan Haulier Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada para peniaga, serta petugas di R&R sepanjang lebuh raya PLUS, serta menyeru rakan-rakan seperjuangan untuk terus menceruskan semarak kemerdekaan sebenar dengan menyokong para peniaga R&R yang sentiasa bersedia memastikan keselesaan perjalanan semua.

Beliau menambah, ancaman yang dihadapi pada ketika ini hanya dapat dikalahkan jika rakyat Malaysia dapat membuktikan perbezaan kaum dan agama tidak menjadi halangan untuk sama-sama bertahan menghadapi pandemik ini.

"Marilah bersama kami dalam memastikan Pak Samad, seorang nelayan masih boleh menjual hasil tangkapannya ke Selangor, atau Mak Siti yang mengusahakan keropok lekor Terengganu dapat memasarkan bekalannya ke Pulau Pinang, dan memastikan industri desa kita sentiasa mendapat tempat di hati kita."