Perodua tumpu usaha kurangkan tunggakan tempahan Myvi

oleh Mohamad Hanif|
Dengan sekitar 22,000 unit Perodua Myvi baharu yang masih lagi belum diserahkan setakat akhir bulan September, Perodua kini menumpukan usaha mengurangkan tempoh menunggu para pelanggannya kepada jangka masa yang lebih wajar.

“Kami masih belum dapat memberikan tempoh masa penghantaran yang penuh, namun tenaga kerja di bahagian pengeluaran kami telah memulakan pengeluarannya dan seterusnya proses penghantaran akan bermula tidak lama lagi.

“Di sebalik isu yang tidak diingini ini, kami amat bersyukur kerana rakyat Malaysia masih terus menyokong Perodua. Kami ingin memohon maaf kepada para pelanggan yang terjejas kerana terpaksa menunggu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
 


Antara bulan Januari dan September tahun ini, Perodua telah menjual 168,200 kenderaan – kenaikan 11% ke atas 151,600 kenderaan yang dijual dalam tempoh yang sama pada tahun 2017.

“Kenaikan jualan ini boleh dikaitkan dengan sambutan positif untuk Perodua Myvi yang baharu serta model-model kami yang lain - Axia, Bezza dan Alza - yang masing-masing terjual sebanyak 53,700, 38,100 dan 18,400 unit pada tahun ini setakat ini,” Datuk (Dr) Aminar berkata.

Bagaimanapun, Perodua hanya menjual kira-kira 9,500 buah kenderaan keseluruhannya pada bulan September lalu berikutan pengeluaran Myvi yang terpaksa dihentikan bermula daripada bulan Ogos disebabkan isu teknikal di salah satu vendornya.

“Kami menjemput para pelanggan kami untuk berkunjung ke bilik pameran kami dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model kami serta promosi semasa kami,” kata Datuk (Dr) Aminar.
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengumuman demi pengumuman berkaitan kerjasama Toyota, abang kepada Daihatsu/Perodua dengan…
Berita Domestik
Perodua Aruz, SUV yang sedang meningkat naik pada ketika ini mencatatkan tempahan kira-kira 25,000…
Berita Domestik
Kira-kira 10,500 kakitangan Perodua di seluruh negara telah memberikan komitmen mereka untuk…