MoC yang berkuatkuasa dari tahun 2024 hingga 2026 itu dibuat berlandaskan komitmen untuk memajukan sektor pelancongan, memudahkan kebolehcapaian, dan meningkatkan pengalaman pelancong.
Selain itu, MoC itu juga bertujuan untuk mencapai beberapa objektif penting seperti mempertingkatkan kebolehcapaian pelancong domestik dan antarabangsa, mempromosikan pelancongan lestari, menggalakkan pertukaran budaya, pemasaran dan promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan, serta mempertingkatkan pengalaman pelancong secara keseluruhan.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “Bagi Perodua, kerjasama ini dan objektifnya adalah selari dengan inisiatif ‘mobiliti adalah gaya hidup’ kami.
Jelasnya lagi, menerusi MoC ini, Perodua boleh mengembangkan model perniagaan baharu khususnya langganan kenderaan, dan dalam masa yang sama mendapatkan maklum balas daripada pelancong asing berkenaan pandangan mereka terhadap Perodua.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata, “kami teruja untuk memulakan perjalanan baharu dengan Perodua.
“Kerjasama ini menandakan komitmen bersepadu dalam menjadikan Malaysia negara yang menarik kepada pelancong.
“Dengan gabungan ini, kami boleh menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelancong, termasuklah merasai sendiri kecantikan, kepelbagaian dan kemesraan negara kita.