Perodua tingkatkan pembelian komponen dari pembekal tempatan

oleh SALINA JALIL|
Kelab Vendor Perodua (KVP) menyambut baik komitmen Perodua untuk meningkatkan pembelian komponen sebanyak 20% ke RM6 bilion tahun ini daripada RM5 bilion tahun lepas walaupun Persatuan Automotif Malaysia (MAA) hanya menjangkakan perkembangan jumlah industri keseluruhan (TIV) sebanyak 0.21% pada tahun 2019.


Komitmen Perodua ini diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad di upacara pelancaran Perodua Aruz pada hari Selasa yang lepas. Dato’ Zainal juga berkata bahawa 95% daripada komponen Perodua Aruz adalah daripada pembekal tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Kami menyokong penuh komitmen Perodua untuk meningkatkan pembelian komponen walaupun perkembangan TIV dijangka kecil tahun ini.

 

“Komitmen ini akan mengukuhkan kedudukan kami dan kami berharap dapat berkembang bersama dengan Perodua,” kata Presiden KVP En Musa Zahidin Ahmad Zaidee.

 

Tambah Musa, ramai ahli KVP terlibat dalam pembangunan Perodua Aruz dan kini membekalkan komponen untuk model tersebut.

 

Menurut MAA, Perodua pada tahun 2018 telah menjual 227,243 kenderaan, menguasai 38% daripada TIV dan mencatat kenaikan 11% daripada 204,867 kenderaan yang dijual pada tahun lepas.

 

Musa berkata bahawa KVP amat menghargai bimbingan dan bantuan yang Perodua telah berikan kepada 138 ahlinya selama ini.

 

“Antara bantuan yang telah Perodua berikan termasuk penetapan syarat pembayaran yang lebih singkat kepada ahli-ahli kami yang terjejas akibat penurunan pembelian komponen mendadak yang bermula pada tahun 2014,” kata Musa.

 

 

 

Perodua juga telah menambahbaik kecekapan kewangan pembekal dengan membeli peralatan pembuatan (tooling) secara terus daripada pengeluar antarabangsa. Dengan pembelian ini, pihak pembekal tidak lagi dibebankan hutang daripada institusi kewangan semasa hendak membeli peralatan tersebut.

 

Selain bantuan kewangan yang diberikan oleh Perodua, Daihatsu Motor Company of Japan juga telah memainkan peranan penting dalam membantu pembekal tempatan, dan baru-baru ini telah melantik sekurang-kurangnya dua pembekal tempatan untuk menyertai rantaian bekalan globalnya.

 

Daihatsu juga telah memberi komitmen untuk meneruskan sokongan terhadap Perodua dan pembekal tempatan, selari dengan visi Perodua untuk mengembangkan jenamanya di rantau Asia-Pasifik, kata Musa.
 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…