Perodua terus perkukuh kedudukan sebagai pengeluar nombor satu negara, akui cabaran lebih besar untuk 2H18

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sudah berada di tangga teratas sebagai pengeluar nombor satu negara, Perodua masih mengekalkan sasaran jualan sebanyak 209,000 unit kenderaan serta bersiap sedia menghadapi cabaran untuk separuh tahun kedua 2018 (2H18).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu Perodua turut mengekalkan sasaran pengeluaran sebanyak 215,300 unit kenderaan, peningkatan 7.5% berbanding tahun lalu.


Setakat 6 bulan pertama tahun ini, Perodua telah berjaya menjual 117,000 unit dengan peningkatan sebanyak 17.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan rekod penguasaan pasaran sebanyak 40.4%.

Myvi masih lagi menjadi model Perodua paling laris di dalam pasaran dengan 46,860 unit telah didaftarkan, diikuti Perodua Axia (33,870 unit), Perodua Bezza (23,555 unit) dan Perodua Alza (12,815 unit).

Semenjak dilancarkan pada November tahun lalu, Perodua Myvi telah mencatatkan tempahan sebanyak 115,000 unit dengan 65,000 telah berjaya didaftarkan.
 


Perodua menjangkakan cabaran yang lebih besar untuk mengekalkan momentum jualan sedia ada bermula 1 September ini disebabkan perlaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tiada hitam putih buat masa ini.

"Berdasarkan ramalan, akan ada kenaikan harga kenderaan bermula bulan September ini, dan kami menjangkakan pengurangan permintaan dan jualan dalam tempoh tersebut," ujar beliau.

"Impak (pengurangan) tersebut akan berlangsung sehingga Disember 2018, walaupun pada kebiasaannya pengeluar akan memberikan tawaran yang hebat bagi mengelakkan stok dibawa ke tahun hadapan," tambah Datuk Aminar.
 


Dari sudut tempahan, Perodua telah menerima lebih daripada 185,000 unit untuk separuh tahun pertama 2018, peningkatan sebanyak 24% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Kami sedang bekerja keras untuk memenuhi lebih 40,000 unit tempahan yang dicatatkan pada bulan Jun, yang mana hanya akan dipenuhi bermula September ini," tambah beliau.

Dari aspek jumlah pengambilan servis kenderaan, Perodua mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6% kepada 1.083 juta pada 1H18 berbanding 1.026 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. 

 

Tags

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…