Perodua tawar diskaun kerusi kanak-kanak GearUp, penjimatan sehingga RM195!

oleh Mohamad Hanif|

Bersempena Ramadan, Perodua akan bergiat agresif dalam kempen penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan menawarkan kerusi Infant (had berat 13 kg) pada harga RM660 dan kerusi Toddler (had berat 9-36 kg) pada RM780. 

Kedua-dua penawaran aksesori original GearUp ini masing-masing merupakan penurunan daripada harga asal RM785 dan RM975. 

Menurut Datuk Ahmad Suhaimi, Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd berkata, "sebagai pengeluar kenderaan, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para pelanggan kami, khususnya masyarakat tentang keselamatan jalan raya.

"Pendidikan merupakan satu proses jangka panjang, namun kami akan terus komited terhadap usaha tersebut," tambah beliau.
 


Menurut Datuk Ahmad Suhaimi lagi, penasihat jualan dan servis sah di cawangan Perodua akan menjelaskan penggunaan dan manfaat Kerusi Keselamatan Kanak-kanak ISOFIX GearUp serta kaedah pemasangan yang betul.

Selain daripada itu, bagi setiap perbelanjaan melebihi RM170 dan ke atas di dalam satu resit, pihak Perodua akan memberikan diskaun caj buruh sehingga 50% pada tarikh-tarikh berikut:

  • 14hb, 16hb, 21hb dan 23hb Mei (1.00-5.00 petang)
  • 27-31hb Mei (8.00 pagi-5.00 petang)
  • 3hb Jun (8.00 pagi-5.00 petang)

Perodua dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada yang beragama Islam, dan menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk memandu dengan cermat, selamat dan berhemah.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anthony berkata Malaysia perlu mengikut peraturan tersebut kerana negara sudah berjanji untuk…
Berita Global
Menggunakan material bahan yang lembut seperti bantal, Honda menyusup masuk sebuah sistem bunyi…
Berita Domestik
CPSM, sebuah badan NGO yang giat menjalankan kempen keselamatan sejak dua tahun lalu sebelum ini…