Perodua sumbang RM80,000 bekalan perubatan kepada Hospital Sungai Buloh

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebahagian daripada usaha menyokong institusi awam utama di seluruh negara, Perodua telah menyumbang bekalan perubatan tambahan bernilai RM80,000 kepada Hospital Sungai Buloh, baru-baru ini.
Modenas

Bekalan perubatan itu merangkumi 5,000 pelindung muka, kerusi roda, kerusi tandas duduk, papan pemindahan, rel katil, kerusi pemulihan, rangka bantu berjalan, tongkat dan meja miring terapi.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad menjelaskan, "Bekalan yang disumbangkan adalah berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pasukan pentadbiran hospital.

5,000 pelindung muka yang disumbangkan oleh Perodua adalah dihasilkan oleh syarikat bersekutunya, sekaligus meningkatkan jumlah pelindung muka yang disumbangkan kepada pelbagai organisasi di Malaysia kepada 35,000 unit.

Pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus diperbuat daripada polyethylene terephthalate, kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air serta jalur elastik boleh laras untuk pemakaian yang selamat dan selesa.

Tahun lalu, Perodua telah menyumbang sebanyak 150 tilam, 200 bantal, 105 kotak air mineral, 15 kipas industri dan 300 pasang kasut getah kepada Hospital Sungai Buloh.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau menjelaskan bahawa pencapaian 2021 lebih sesuai dibandingkan dengan prestasi 2019, di…
Berita Domestik
Aruz varian X masih mengekalkan harga RM68,526 sementara varian AV pula kekal RM73,226 (harga atas…
Berita Domestik
  “Perodua Care Seat merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyumbang ke arah…