Perodua sumbang RM151,000 kepada Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Selayang

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Perodua telah menyumbang sebanyak RM151,000 kepada dua hospital awam.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Sumbangan tersebut berupa barangan termasuk peralatan diagnostik, peralatan pemulihan, penjagaan pesakit, mesin dialisis, serta hamper untuk para pesakit dan pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Selayang.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, JH Rozman Jaafar kepada pihak pengurusan hospital.
 

perodua


Perodua sebelum ini giat menyumbang peralatan perubatan dan kesihatan kepada hospital-hospital awam termasuklah Hospital Umum Sarawak, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Shah Alam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya dan beberapa klinik komuniti di daerah Hulu Selangor.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “Hasrat kami adalah untuk membantu institusi yang memberikan manfaat besar kepada semua rakyat Malaysia.

“Kami percaya dalam membuat sesuatu perubahan, kami perlu konsisten dalam usaha kami dan kami amat berbangga kerana dapat membantu mereka yang bekerja dan berkhidmat tanpa jemu untuk negara.

“Kami akan terus bekerjasama dengan badan-badan seumpama ini pada masa akan datang kerana ini adalah cara terbaik untuk kami membalas sokongan yang telah diberikan kepada kami selama ini,” kata Dato’ Sri Zainal.

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Melalui MoU itu, kedua-dua syarikat bakal menjalankan kajian kebolehlaksanaan serta bekerjasama ke…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata,…
Berita Domestik
"Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana kami ingin menjadikan EV sebagai…