Perodua sumbang peralatan perubatan untuk Hospital Umum Sarawak

oleh Mohamad Hanif|
Perodua meneruskan lagi sokongannya kepada hospital-hospital awam dengan menyumbang peralatan diagnostik perubatan kepada Hospital Umum Sarawak serta hamper kepada para pesakit dan kakitangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif ini adalah untuk menyokong misi kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara ini dan pada masa yang sama berterima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang berdedikasi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Umum Sarawak atas khidmat mereka kepada masyarakat, dan kami berharap agar sumbangan kami ini akan terus memberi manfaat kepada rakyat Kuching dan Sarawak,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Zainal Abidin Ahmad.

Perodua menyumbang tujuh unit Vital Sign Monitor (peralatan diagnostik untuk memantau suhu badan, nadi dan kadar pernafasan serta tekanan darah) serta hamper kepada pesakit dan kakitangan di wad kanak-kanak di hospital tersebut.

Sumbangan keseluruhan yang bernilai RM84,450 itu disampaikan oleh Dato’ Zainal kepada pentadbir hospital itu dengan disaksikan oleh para doktor dan kakitangan.
 

Perodua


Majlis penyerahan tersebut dihadiri Dato’ Zainal, Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd Encik JH Rozman Jaafar, Pengarah Hospital Umum Sarawak Dr Ngian Hie Ung dan Timbalan Pengarah (Perubatan) Dr Norinawaty Abg. Daud.

“Menjadi sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Korporat kami, kami sentiasa mencari peluang untuk memberikan bantuan yang terbaik bagi mengukuhkan sistem kesihatan negara. Oleh itu, kami sentiasa berkomunikasi dengan Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak yang berkaitan untuk meneruskan inisiatif kami ini," kata Dato' Zainal.

“Ini adalah salah satu cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, terutamanya para pelanggan kami yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kami selama ini,” tambahnya.

Sehingga kini, Perodua telah menyumbangkan peralatan perubatan dan kesihatan kepada hospital awam termasuk Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Shah Alam, Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya dan beberapa klinik komuniti di dalam daerah Hulu Selangor.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…