Perodua sumbang peralatan perubatan kepada Hospital Shah Alam

oleh Mohamad Hanif|
Perodua menyumbang peralatan perubatan dan hamper bernilai RM87,967 kepada Hospital Besar Shah Alam sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong institusi awam utama di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis penyerahan sumbangan itu turut dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad dan Pengarah Hospital Besar Shah Alam, Dr. Ruzita Othman.

Selain tajaan hamper kepada pesakit dan pasukan baris hadapan, Perodua juga menyumbang seunit Free Standing Warmer, tiga unit Photolight, Jelipad, tujuh unit stetoskop neonat, satu set LSCS untuk kegunaan pembedahan, dan 10 unit gunting pembedahan untuk wad psikiatrik.

Dato’ Zainal berkata Perodua mengiktiraf kepentingan usahasama antara awam dan swasta dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.
 

Perodua


"Kami ingin menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan kami akan membantu semampu yang boleh dalam memastikan akses kepada bekalan perubatan untuk hospital dan keseluruhan sistem penjagaan kesihatan adalah konsisten dan berterusan," katanya.

"Kami akan terus berkomunikasi dengan institusi-institusi awam utama dan Kementerian Kesihatan untuk melihat di mana kami boleh memberikan nilai tambah dalam sistem penjagaan kesihatan negara," tambah beliau.

Setakat ini, Perodua telah menyumbang bekalan perubatan kepada hospital-hospital awam termasuk Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…