Perodua sumbang lima unit Perodua Myvi untuk kegunaan Polis Hulu Selangor, Gombak

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) baru-baru ini menyampaikan sumbangan berbentuk lima unit kereta peronda jenis Perodua Myvi 1.5 AV kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Perodua Academy, Rawang.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamad berkata, sumbangan bernilai RM400,000 itu adalah termasuk kos penyelenggaraan selama dua tahun.
 

MYVI


Daripada lima unit yang disumbangkan, tiga daripadanya akan ditempatkan di Balai Polis Serendah, Ulu Yam dan Rasa, sementara masing-masing satu unit di cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor dan Ibu Pejabat Daerah Gombak.

Selain daripada menjalankan tugas-tugas rasmi dan menampung keperluan di dia IPD tersebut, unit Myvi itu juga akan digunakan untuk tujuan rondaan serta membanteras kegiatan jenayah di sekitar daerah Hulu Selangor dan Gombak.
 

MYVI


Kelima-lima unit kereta peronda Perodua Myvi itu telah dilengkapi dengan peralatan komunikasi standard untuk kegunaan pasukan polis, diikuti liveri polis oleh AHM Business Venture sementara bar lampu mata arah pula dipasang oleh pihak SMOE 4x4.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara aspek yang dikaji termasuklah memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan di tiga lokasi…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, angka tersebut akan…
Informasi
  Justeru, bagi menyemarakkan semangat cintakan negara, Perodua membawakan sebuah video berjudul '…