Perodua sumbang lebih 5,000 pelindung muka buatan sendiri ke sekolah-sekolah Hulu Selangor

oleh SALINA JALIL|
Menjelang pembukaan semula sekolah pada 24hb Jun (esok) ini, Perodua telah menyumbang lebih 5,000 pelindung muka oleh rakan niaganya kepada 17 sekolah menengah di daerah Hulu Selangor.


“Kami menyumbang pelindung muka ini untuk kegunaan para murid Tingkatan 5 dan 6, guru dan kakitangan sokongan semasa kembali ke sekolah setelah penutupan tiga bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

“Walaupun para murid, guru dan kakitangan sokongan akan memakai topeng muka di sekolah, penggunaan pelindung muka boleh menjadi langkah pencegahan tambahan yang baik.

 

“Sebagai syarikat yang prihatin dan mengutamakan insan, kami percaya pada pengambilan langkah tambahan dari segi keselamatan, lebih-lebih lagi ketika melibatkan anak-anak kita yang tersayang dan juga mereka daripada golongan yang kurang bernasib baik,” tambah beliau.

 

Pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum. Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa.

 

Perodua juga turut menyumbang pelindung muka kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor yang terletak di Kuala Kubu Bharu.

 

“Terima kasih kami ucapkan kepada pihak kerajaan, terutama sekali Kementerian Kesihatan, dan semua anggota barisan hadapan kerana telah bekerja keras untuk membimbing negara kita melalui krisis COVID-19.

 

“Walaupun bilangan kes baharu mencatat penurunan yang ketara, kami berharap rakyat Malaysia akan terus berwaspada dan mematuhi semua garis panduan kesihatan dan keselamatan,” Dato’ Zainal berkata.

 

“Perodua berbesar hati untuk menyumbang kepada perjuangan Malaysia menentang COVID-19 dan kami akan mengedarkan pelindung muka kepada klinik komuniti di daerah Hulu Selangor tidak lama lagi,” tambah beliau.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…