Perodua sumbang Aruz kepada Malaysian Relief Agency

oleh SALINA JALIL|
Malaysian Relief Agency (MRA) menerima sumbangan sebuah SUV daripada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bagi menghargai dan mengiktiraf perjuangan badan bukan kerajaan (NGO) itu membantu masyarakat kurang berkemampuan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata Perodua turut menyokong usaha murni MRA dalam membantu komuniti yang terjejas akibat COVID-19 di negara ini sejak Mac lalu.

 

"Ini bukan kali pertama pihak Perodua memberikan sumbangan kenderaan dalam usahanya membantu masyarakat, malah mereka pernah menyumbang dua kenderaan Alza kepada MRA sebelum ini iaitu pada 2013 dan 2018.

 

"Sumbangan ini tidak akan disia-siakan dan kami akan lebih bersemangat dalam usaha membantu masyarakat khususnya golongan tidak berkemampuan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

 

Penyerahan kenderaan SUV Aruz itu disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad di Bangunan Korporat Perodua di Sungai Choh, Rawang semalam.

 

Sebelum ini, beliau berkata, Perodua turut menyumbang bantuan kewangan berjumlah RM50,000 ke Tabung Bantuan COVID-19 yang dilancarkan oleh NGO itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…