Perodua sumbang 10,000 pelindung muka buatan sendiri

oleh SALINA JALIL|
Di sebalik pandemik COVID-19 yang masih berlangsung, Perodua telah memperluaskan inisiatif perlindungan awamnya dengan mengedarkan 10,000 lagi pelindung muka di daerah Hulu Selangor dan perbandaran Selayang.


Penerima di Hulu Selangor termasuk Pejabat Kesihatan Daerah, klinik-klinik komuniti dan pergigian, para penguatkuasa Jabatan Perlesenan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta para penjaja pasar pagi dan malam.


Perodua juga turut menyerahkan pelindung muka kepada Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan melalui mereka kepada para penjaja di kawasan tersebut.

Modenas


“Sumbangan Perodua ini merupakan tanda penghargaan kepada masyarakat sekeliling yang telah menyokong dan menyambut baik kami selama 27 tahun kami bertapak di sini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

 

“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan dan entiti korporat yang bertanggungjawab, Perodua amat mengambil berat tentang keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat umum semasa pandemik COVID-19 ini.

 

“Sumbangan kami setakat ini telah mencecah 21,000 pelindung muka – kami berharap pelindung muka ini akan sentiasa dipakai oleh mereka yang bertugas dengan berani setiap hari untuk terus memberikan perkhidmatan, rawatan dan keperluan harian kepada kita semua,” tambahnya.

 

 

Perodua pada bulan lepas telah menyumbang kira-kira 11,000 pelindung muka kepada sekolah menengah di Putrajaya dan Hulu Selangor.

 

Pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum. Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa.

 

“Perjuangan kita melawan COVID-19 masih belum berakhir. Kami berharap rakyat Malaysia akan terus mengamalkan dan menyesuaikan diri kepada norma baharu dengan berwaspada dan mematuhi semua garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan,” ujar Dato’ Zainal.
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Daripada 250 pesakit kanak-kanak tersebut, 200 pesakit berusia di bawah 12 tahun menerima alat…
Berita Domestik
  “Walaupun para murid, guru dan kakitangan sokongan akan memakai topeng muka di sekolah,…
Informasi
"Mereka menerima barang keperluan makanan seperti beras, minyak masak, barang dalam tin, ketupat…