Perodua sudah jual lebih dari 100,000 unit Myvi baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perodua sudah menjual lebih dari 100,000 unit Myvi generasi ketiga setakat hari ini.

Myvi generasi ketiga itu dilancarkan pada November 2017 dan secara purata, Perodua menjual lebih dari 1,560 unit model itu dalam seminggu.

Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin, maklumbalas dari pelanggan ialah mereka sukakan ciri-ciri hatchback itu seperti:

1. Rekabentuk yang bergaya

2. Praktikal

3. Mudah dipandu

4. Kos pemilikan dan penyelenggaraan yang rendah

5. Ruang kabin yang luas

6. Ciri-ciri canggih yang selalunya hanya ada pada kenderaan mewah

"Myvi merupakan model kami yang paling berjaya sejak generasi pertama Myvi dilancarkan dalam tahun 2005," terang Zahari.

"Menjelang 2013, Myvi telah mengatasi jualan keseluruhan model Kancil (708,000 unit dari 1994 hingga 2009) dan sehingga ke hari ini, Perodua telah menjual 1.1 juta unit Myvi."

Tempahan untuk Myvi generasi ketiga kini sudah melebihi angka 150,000 unit dan Perodua sedang bertungkus lumus untuk memenuhi semua pesanan tersebut dalam tempoh masa sewajarnya.

Perodua menjual 227,243 unit tahun lalu, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai syarikat pengeluar kenderaan nombor satu negara selama 13 tahun berturut-turut.

Sejak penubuhannya dalam tahun 1994, Perodua sudah menjual hampir 3.5 juta unit kenderaan.

Baca laporan pandu uji Careta untuk Perodua Myvi generasi ketiga di pautan ini. 

Myvi Gen-3 1.5L: Yang baik dan yang buruk

Perodua Myvi 1.3 Premium X

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…