Perodua sasar jual Bezza 2020 4,000 unit sebulan

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun baharu sahaja dilancarkan, Perodua tetap optimis sedan segmen A yang diberikan nafas baharu itu dengan sasaran jualan kira-kira 4,000 unit sebulan.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Malah, Perodua dijangka akan mengedarkan kira-kira 5,600 unit Perodua Bezza 2020 pada akhir Januari ini. 

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua Bezza 2020 kini dilengkapkan dengan pelbagai penambahbaikan dari segi rekaan, pemanduan dan juga ciri keselamatan terkini. 

"Kami yakin Perodua Bezza 2020 akan terus mengekalkan momentum jualan sedia ada," ujar beliau ketika pelancaran rasmi Bezza facelift. 

Perodua Bezza merupakan sedan pertama keluaran Perodua dan model pertama yang menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) pada tahun 2016.

Sehingga kini, sebanyak 184,000 unit Bezza telah pun dijual, manakala penghantaran Bezza facelift akan bermula pada hari ini (9 Januari 2020).

Secara keseluruhan, Perodua telah berjaya mencatatkan 10,000 unit tempahan, dengan 2,000 unit tempahan baharu diterima semenjak 3 Januari manakala selebihnya merupakan tempahan terhadap Perodua Bezza pra-facelift tahun lalu. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menariknya, pengunjung turut diberi peluang untuk merasai pengalaman simulasi pemanduan EV itu,…
Berita Domestik
"Selain itu, Perodua akan mendapat manfaat daripada pelancaran baharu yang menarik iaitu Perodua…
Informasi
Dalam kenyataannya pada Rabu, MCE berkata kejayaan meraih kontrak itu dapat mengukuhkan…