PERODUA sasar 20 peratus jualan EV, hibrid menjelang 2030

oleh Penyumbang Rencana|
Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata angka jualan itu mungkin boleh dicapai 'jika semua pemain industri boleh bekerjasama'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kami bekerjasama dengan kerajaan dan rakan kongsi yang lain. Kami juga telah dilantik dalam pelan perindustrian baharu untuk menerajui pembangunan EV di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama (MoC) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di Kuala Lumpur pada Selasa.

"Kita perlu menghasilkan produk baharu. Kita belum memuktamadkan masa pengeluarannya, tetapi sasaran yang diberikan oleh kerajaan, 20 peratus menjelang 2025 atau 2030, akan menjadi kenyataan jika semua pihak memberi kerjasama," katanya.

Beliau berkata, keseluruhan ekosistem EV membabitkan pelaburan yang besar dan berharap syarikat-syarikat lain akan dapat membantu mencapai sasaran kerajaan, salah satunya ialah untuk membina 10,000 stesen pengecasan di seluruh negara.

Terdahulu, Tourism Malaysia dan PERODUA menandatangani MoC yang berkuat kuasa tiga tahun bermula tahun depan hingga 2026 untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia yang menggunakan rangkaian kenderaan jenama berkenaan.

Zainal Abidin berkata, PERODUA akan dapat mengembangkan model perniagaan baharunya, khususnya langganan kenderaan dan pada masa yang sama mendapat maklum balas secara masa nyata daripada pelancong asing terhadap kereta jenamanya melalui kerjasama itu.

Perkongsian itu juga akan memajukan sektor pelancongan Malaysia, memudahkan kebolehcapaian dan meningkatkan pengalaman pelancong secara keseluruhan.

Pada 22 November, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan sedang bersungguh-sungguh membina infrastruktur yang diperlukan sebagai sebahagian daripada sasarannya untuk menjadikan EV dan hibrid menyumbang 20 peratus daripada jualan kereta baharu menjelang 2030; 50 peratus menjelang 2040 dan 80 peratus menjelang 2050.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…