Perodua sah sedang uji Ativa Hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda kelibat Daihatsu Rocky yang menjalar di jalan raya sekitar Bukit Bintang tempoh hari?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perodua menerusi presiden dan CEO-nya, Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika sesi reviu Myvi facelift bersama sidang media mengesahkan pihaknya kini sedang menguji model tersebut untuk tujuan penilaian sebelum ia ditawarkan untuk pasaran tempatan kelak.
 

Myvi


Beliau menambah, "kami kini sedang menjalankan kajian untuk menilai tahap penerimaan rakyat dan pelanggan Malaysia terhadap model hibrid ini, penawaran harga yang bersesuaian, serta untuk melihat adakah model ini mampu memenuhi regulasi dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid dilancarkan pada awal bulan yang lalu di mana ia kini menampilkan pakej trenkuasa hibrid yang menggunakan konsep yang sama seperti Nissan e-Power.

Ia terdiri daripada motor elektrik tunggal (106 hp, 170 Nm) yang memperoleh kuasanya daripada bateri 4.3 Ah, dibantu dengan enjin petrol tiga silinder sebaris 1.2 liter WA-VEX aspirasi natural berkuasa 82 hp dan 105 Nm yang bertindak sebagai unit penjana kuasa semata-mata.

Secara asasnya, Rocky e-Smart Hybrid merupakan sebuah EV dengan unit penambah jarak berkuasa petrol, dan mampu mencatatkan penggunaan bahan api serendah 3.57 liter/100 km!

Baca: Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid

Baca: Kelibat Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid di Malaysia

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…