Perodua rasmi pusat nadi hijau 1,500 meter persegi di kampusnya

oleh SALINA JALIL|
Selepas melancarkan kawasan rekreasi, Laman Hijau bulan lalu, Perodua sekali lagi menggiatkan usaha hijaunya dengan membuka secara rasmi ECO Garden di tengah-tengah kampus ibu pejabat dan pengeluarannya di Sungai Choh semalam.


“Ilham daripada Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Masanori Takahashi, taman mampan berukuran 1,500 meter persegi ini merupakan peneraju kepada rancangan Perodua untuk menerapkan nilai-nilai eko di dalam setiap kemudahan serta operasinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Sebagai syarikat yang beroperasi di dalam sebuah industri yang sangat bergantung kepada tenaga dan sumber, Perodua ingin melakukan perubahan melalui produk dan operasinya sekali gus dapat memberi kesan positif kepada dunia,” kata Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.

 

“Kami ingin membuktikan bahawa kami amat mengambil berat mengenai pemeliharaan alam sekitar dan sentiasa berusaha untuk menjadikan proses dan produk kami terus mesra alam,” katanya.

 

 

 

Perodua ECO Garden dirasmikan semalam oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Tuan Haji Shafe’ee Yasin, mewakili Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Dato’ Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim, dan Tan Sri Asmat, bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5hb Jun serta Bulan ECO Perodua.

 

Taman tersebut dibina berlanskapkan hutan semulajadi dengan pelbagai flora, termasuk kolam ikan yang menggunakan sisa air yang dirawat, taman rekreasi, pusat informasi serta taman herba organik.

 

 

Selain itu, sebahagian besar Perodua ECO Garden dibina daripada bahan sisa kilang yang dikitar semula dan semua lampu serta pam air dikuasai sepenuhnya oleh tenaga elektrik suria.

 

“Pengurangan sisa adalah komponen penting dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan. Itulah matlamat Perodua dan ianya tidak terhad kepada Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kami sahaja. Kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap aspek operasi kami bersandarkan kepada mesra alam, bersih dan hijau.

 

garden p2

 

“Beberapa bangunan di kampus kami sudahpun dipasang dengan panel suria dan sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan, dan pemasangan panel suria 1 MW di trek ujian kami pula dijangka selesai pada bulan Julai.

 

“Kami berharap inisiatif kami ini akan memberi inspirasi kepada kakitangan kami, industri dan rakyat Malaysia untuk mengamalkan cara hidup yang lebih mampan dan mesra alam. Saya yakin kita semua boleh membuat perubahan bersama-sama,” kata Tan Sri Asmat.

 

Perodua merupakan pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) No 1 di Malaysia. Setakat ini, ia telah menghasilkan dan menjual lebih 650,000 EEV, termasuk Axia, Bezza, Myvi generasi ketiga serta SUV tujuh-tempat duduk, Aruz.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…