Perodua raih Emas di Anugerah Jenama Putra dua kali berturut-turut

oleh SALINA JALIL|
Perodua telah meraih Emas di Anugerah Jenama Putra 2018 pada Jumaat yang lepas, kemenangan Emas kali kedua berturut-turut sebagai jenama automotif kegemaran rakyat Malaysia.


"Kami amat gembira dan dalam masa yang sama berasa rendah hati dengan pengiktirafan ini. Kami akan terus memperbaiki diri kami dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada para pelanggan kami serta rakyat Malaysia menerusi program-program yang kami anjurkan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Anugerah Jenama Putra ini mengiktiraf jenama-jenama kegemaran Malaysia berdasarkan wawancara dengan orang ramai. Perodua telah memenangi sebanyak lapan anugerah sepanjang sembilan tahun acara ini diadakan dan meraih Emas yang pertamanya pada tahun lepas.

 

Acara ini telah dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

 

 

Pada tahun ini, penganjur telah bekerjasama dengan firma penyelidikan dan perundingan pasaran global, IPSOS untuk menyusun sampel penyelidikan jenama-jenama terbesar di Malaysia, dengan lebih daripada 7,000 wawancara yang dijalankan.

 

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menganjurkan acara ini. Anugerah Jenama Putra benar-benar menetapkan tanda aras bagi jenama-jenama di Malaysia untuk terus memperbaiki diri," kata Datuk (Dr) Aminar.

 

Dilancarkan pada tahun 2010 oleh 4As dengan kerjasama Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB), Anugerah Jenama Putra ini telah disokong oleh Persatuan Pengiklan Malaysia, Persatuan Pakar Media dan Persatuan Digital Malaysia.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…