Perodua optimis catat pertumbuhan jualan dua peratus tahun ini

oleh Afandi Che Muhamad|
Mendaki tangga populariti selaku jenama kenderaan kegemaran rakyat Malaysia, Perodua enggan mendabik dada sebaliknya meletakkan unjuran jualan sebanyak 209,000 unit kenderaan untuk tahun ini.

Angka tersebut meningkat dua peratus berbanding 204,900 unit kenderaan berjaya didaftarkan sepanjang tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, penanda aras baru (unjuran jualan) itu dibuat selepas meneliti respon positif terhadap rangkaian model sedia ada mereka.

"Kejayaan dicapai Perodua hari ini, yang mana kalau kita lihat menjadi jenama kenderaan paling laris terjual di Malaysia hadir menerusi graf permintaan berterusan terhadap model sedia ada terutamanya Bezza.

"Untuk tahun ini sahaja, kita menjangkakan jumlah industri keseluruhan bakal meningkat kepada 590,000 unit. Angka tersebut diperoleh menerusi audit dalaman yang dijalankan baru-baru ini," katanya.

Jelas Aminar, jika angka itu (jumlah industri keseluruhan) berjaya dicapai bermakna perkongsian pasaran Perodua akan terus kekal 35 peratus atau lebih.
 
Tambahnya, Perodua optimis sasaran jualan tersebut mampu dicapai susulan corak permintaan berterusan terhadap model Myvi selain keadaan ekonomi yang lebih baik tahun ini.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…