Perodua Myvi varian 1.5 AV, 1.5 H dan 1.3 X kini dengan ASA 2.0, harga bermula RM44,959

oleh SALINA JALIL|
Kenderaan kegemaran Malaysia, Perodua Myvi, kini tampil untuk 2020 dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta warna luaran baharu yang menarik, dan sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.


Sebelum ini, sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) hanya terdapat pada varian 1.5 AV. Kini, versi yang dipertingkatkan, ASA 2.0, terdapat pada varian 1.5 AV dan 1.5 H, serta ditawarkan secara pilihan pada 1.3 X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Dengan kedatangan ASA 2.0, Perodua Myvi kini membawa tahap keselamatan dalam julat harga ini kepada aras yang baharu. Ciri tersebut juga kini terdapat pada lebih banyak varian,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

 

“Dengan Myvi terkini, Perodua terus membawa teknologi keselamatan canggih kepada rakyat dengan menjadikannya mampu milik,” tambah beliau.

 

Myvi kini boleh didapati dalam warna luaran baharu iaitu Electric Blue (untuk semua varian). Ivory White, Glittering Silver, Lava Red dan Granite Grey (kini untuk semua varian kecuali 1.3 G) turut ditawarkan.

 

 

Sistem ASA yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran muncul buat kali pertama pada Perodua Myvi generasi ketiga pada 2017, merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 30 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 30 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.

 

ASA 2.0 pula muncul pada Aruz buat julung kali pada 2019. Sistem ini menambah ciri Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j) dan meningkatkan kelajuan operasi Amaran Pra-Pelanggaran dan Brek Pra-Pelanggaran kepada 100 km/j dan 80 km/j masing-masing.

 

ASA 2.0 kemudian diperkenalkan pada Axia 2019 dan Bezza 2020, dan kini pada Myvi, yang terus didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

 

Kepada sesiapa yang masih tidak faham apa itu ASA 2.0, sila lihat video Perodua Bezza 2020 di mana Hezeri Samsuri telah menerangkan apa sebenarnya ASA 2.0 di sini: 

 

 

 

“Perodua Myvi yang telah diperbaharui kini terdapat di semua pusat jualan kami di seluruh negara – penasihat jualan kami yang sah bersedia membantu dan menjawab segala pertanyaan anda mengenai versi terbaharu kenderaan terlaris di Malaysia!” ujar Dato’ Zainal.

 

Perodua Myvi 2020

Varian

Harga

1.3 G MT

RM41,292

1.3 G AT

RM43,029

1.3 X AT

RM44,959

1.3 X AT (dengan ASA 2.0, baharu)

RM46,959

1.5 H AT (dengan ASA 2.0, baharu)

RM50,530

1.5 AV AT (ASA dipertingkatkan ke 2.0, baharu)

RM52,697

Semua harga atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia, mengambil kira pengecualian cukai jualan oleh pihak kerajaan yang akan berlangsung sehingga 31hb Disember 2020.

*ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu.

 

 

myvi biru

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…