Perodua Myvi Edisi S Brunei bukan produk rasmi Perodua

oleh Mohamad Hanif|
Berhubung dengan pelancaran model Myvi Edisi S yang dilengkapkan dengan kit badan seakan Myvi GT itu, pihak Perodua mengesahkan bahawa kit badan itu diperoleh sendiri oleh pengedar sah Perodua di Brunei, GHK Motors.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan, pihak Perodua telah mendapatkan penjelasan daripada GHK Motors berkenaan varian tersebut serta memastikan penambahan tersebut mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Daripada maklumbalas GHK Motors, pengenalan Myvi Edisi S ini merupakan satu percubaan untuk menawarkan varian yang lebih sesuai dengan kehendak pasaran di sana.

"Kami memahami bahawa pengenalan Myvi Edisi S telah menimbulkan kekeliruan para pelanggan setia kami dan kami berharap agar kenyataan ini dapat menjelaskan perkara tersebut," ujar YBhg Dato' Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan CEO Perodua.