Perodua Myvi dengan kit badan GR Yaris jadi realiti!

oleh Mohamad Hanif|
Perodua Myvi dan Toyota GR Yaris - tiada kaitan dan tiada sebarang persamaan langsung antara satu sama lain walaupun secara asalnya kedua-dua ini berkongsi syarikat induk yang sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Akan tetapi, ia tidak menghalang pemikiran sesetengah mereka yang kreatif untuk menggabungkan elemen yang ada pada GR Yaris kepada Perodua Myvi.

 


Ini diperlihatkan buat kali pertama oleh pembuat kit badan, JW Bodykits di mana sebuah Perodua Myvi G3 telah diberikan nafas baharu dengan memasang bampar hadapan GR Yaris!

Berdasarkan pengamatan seimbas lalu, Perodua Myvi dengan bampar hadapan GR Yaris ini menampilkan rekaan gril sarang lebah yang lebih kecil jika dibandingkan dengan model asal, dan ia juga dilihat merangkumi hampir keseluruhan bukaan yang terdapat pada bampar tersebut.

 


Adakah mereka mendapat inspirasi daripada gambar rendering Theophilus Chin (rujuk gambar atas)?

Apa yang pasti, kehadiran kit badan GR Yaris pada Myvi ini bakal memeriahkan lagi scene modifikasi kosmetik tempatan, di mana menurut laman JW Bodykits, ia akan siap menjelang akhir bulan ini dan sedia untuk dihantar kepada pelanggan yang berminat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…