Dalam satu hantaran di media sosial Facebook, Perodua memuat naik sebuah gambar dengan kepilan khas rekaan roda stereng yang bakal dimuatkan pada Perodua Myvi.
Meskipun satu gambar sahaja yang disertakan, ia mengandungi pelbagai ciri-ciri menarik yang membuatkan Myvi bakal menjadi pembelian yang paling berbaloi.
Antara ciri yang kami perasan adalah:
1. Rekaan meter analog yang lebih sporti
2. Skrin tengah dengan paparan berwarna
3. Rekaan roda stereng yang diambil secara terus dari Ativa
4. Myvi baharu dilengkapi dengan mod 'PWR'
5. Ciri keselamatan seperti kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong

Perodua dalam satu siaran media sebelum ini turut mendedahkan Myvi facelift akan menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik berbanding Myvi sedia ada, dan ini memberikan bayangan bahawa model paling laris itu bakal menerima naiktaraf kepada transmisi D-CVT.
Rupa sebenar Perodua Myvi telah pun diketahui umum, di mana ia bakal membawakan rekaan lampu yang berubah, bampar dengan lampu nyalaan siang DRL jenis menegak, komponen seakan skid plate pada bampar depan.
Sementara bampar belakang pula turut direka semula menampilkan liang udara palsu - juga jenis menegak.

Perincian lanjut bakal diketahui dalam masa terdekat.