Perodua menang pingat emas di Anugerah Putra Brands Award 2017

oleh DIANA ISMADI|
Perodua telah memenangi anugerah pingat emas buat pertama kalinya dalam kategori automotif di Putra Brands 2017 yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur yang diadakan semalam.


"Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan terhadap jenama tempatan, Perodua sebagai jenama pilihan mereka dan kami amat berterima kasih kepada semua" kata Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.


"Sebelum ini kami pernah menerima anugerah gangsa dan perak selama bebrapa tahun, dan penerimaan anugerah emas tahun ini meletakkan kami setanding dengan jenama antarabangsa yang lain" tambah Aminar.

Anugerah Putra Brand ini merupakan anugerah yang ketujuh yang dimenangi Perodua sejak tahun 2010.

 
Anugerah Putra Brand adalah satu inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) untuk memberi pengiktirafan kepada jenama tempatan dan antarabangsa yang telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. 


Anugerah-anugerah pada Putra Brand ini dikena lpasti mengikut pilihan pengguna dan acara ini mendapat pengesahan daripada MATRADE. Ia adalah satu-satunya anugerah dari pilihan orang ramai.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada konsep “Mobility as a Lifestyle” Perodua yang…
Berita Domestik
Kerjasama itu dimuktamadkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoA) yang ditandatangani…
Berita Domestik
"Dari segi dalaman, kami sedang berdepan beberapa masalah pengeluaran berkaitan QV-E. Kami sudah…