Perodua melancarkan kempen keselamatan jalan raya selama lima tahun

oleh SALINA JALIL|
Perodua Road Safety Campaign
Perodua telah melancarkan kempen keselamatan jalan raya sepanjang lima tahun bertujuan menyedarkan tingkah laku pemandu dengan menggalakkan mematuhi undang-undang lalu lintas dan mengamalkan tabiat memandu yang baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata kempen keselamatan ini merangkumi bahan promosi di kesemua Pejabat Jualan dan Pusat Servis Perodua bermula hari ini.

 

perodua 1

 

Aminar juga berkata bahawa Perodua menetapkan sasaran sebanyak 1 juta dalam masa setahun. Kami percaya bahawa sasaran 1 juta ini boleh dicapai dalam tempoh satu tahun untuk program ini memandangkan  sebanyak 1.2 juta pelanggan masih berurusan dengan Pusat Jualan dan Perkhidmatan kami setiap tahun, dan kami akan mengambil kesempatan ini untuk mendidik tentang tabiat pemanduan positif melalui program ini. 

Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Tempat Duduk Anak ini dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Ab Aziz Kaprawi pada majlis pelancaran di Perodua Sentral, Petaling Jaya di sini hari ini.

perodua 2

 

 

Dari sekarang hingga Tahun Baru Cina 2018 (belum dapat kesahihan dan menunggu makluman rasmi dari Perodua walaupun tarikh tersebut dinyatakan di dalam Press Release yang disebarkan), harga Tempat Duduk ini ditawarkan pada harga pengenalan RM660 untuk Tempat Duduk Bayi dan RM780 untuk Tempat Duduk Kanak-kanak.
Selepas tempoh promosi, harga Tempat Duduk akan dijual pada harga RM790 (Bayi) dan RM980 (Kanak-kanak).

Tempat Duduk Bayi direka untuk bayi yang baru lahir sehingga mencapai berat 13kg atau sehingga bayi berumur 18bulan dan boleh didapati dengan warna merah atau kelabu.

Sementara itu, Kerusi Kanak-kanak pula adalah untuk kanak-kanak seberat 9 - 36kg dan ditawarkan dalam warna merah atau hitam atau dari berusia 9 bulan sehingga 12 tahun.  Untuk makluman, model-model keluaran Perodua sejak tahun 2012 sudah dilengkapi dengan Isofix.  Sekiranya anda memiliki model yang terdahulu (sebelum tahun 2012), penggunaan kerusi duduk ini perlu menggunakan tali pinggang kelendar.  

Aminar juga berkata bahawa Pegawai Jualan dan Penasihat Perkhidmatan Perodua akan memberi servis tambahan dengan menunjukkan cara-cara pemasangan kerusi ini dengan betul. 

 

baby seat

 

child seat

 

Satu lagi inisiatif keselamatan Perodua ialah Tweckbot. Perodua menjadi salah satu syarikat kereta pertama di Malaysia yang memiliki kempen keselamatan berasaskan media sosial apabila Tweckbot dilancarkan pada tahun 2011.
Tweckbot ini menawarkan pemeriksaan kenderaan 50-mata percuma bagi semua kenderaan Perodua setiap musim perayaan, Tweckbot telah memeriksa kira-kira 5000 kenderaan sejak penubuhannya, mewakili usaha Perodua untuk memastikan keselamatan dan kesesuaian kenderaannya.

perodua tweckbot

 

Sebagai sebahagian daripada Program Keselamatan Jalan Raya selama 5 tahun, Perodua berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk membuat jalan raya lebih selamat. Kami adalah penyokong kuat usaha kerajaan dalam membina keselamatan jalan raya dan mahu memainkan peranan kami, kata Aminar.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…