Perodua lanjut waktu operasi pusat servis terpilih

oleh SALINA JALIL|
Perodua telah memulakan projek perintis untuk melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab Badan & Cat (B&P) terpilih untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang dihargai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pada peringkat awal ini, projek perintis ini melibatkan 16 pusat servis dan tiga hab B&P di seluruh negara, yang akan beroperasi dari jam 8.00 pagi – 9.00 malam (jika di Semenanjung Malaysia) dan 7.45 pagi – 8.45 malam (jika di Malaysia Timur), setiap hari kecuali Ahad.

 

“Kami sedar terdapat ramai pelanggan yang telah melepasi tempoh servis kenderaan mereka kerana operasi kami di seluruh negara ditutup selama dua bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

 

“Oleh itu, kami melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab B&P terpilih untuk memenuhi permintaan tinggi dan terus memberikan ketenangan minda kepada pelanggan kami yang dihargai,” tambahnya.
 

 

Perodua menerima 2.35 juta pengambilan servis tahun lalu melalui 202 pusat servisnya di seluruh negara.

 

“Inisiatif ini dijangka dapat menampung permintaan servis di kawasan-kawasan utama. Kami akan memantau dan menilai keberkesanan projek perintis ini secara berterusan. Buat masa ini, ia akan diteruskan sehingga diberitahu kelak,” kata Dato’ Zainal.

 

Pelanggan yang ingin servis kenderaan mereka diminta untuk mendapatkan slot janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis pilihan mereka – walk-in masih tidak diterima buat masa ini.

 

Semua pelawat mesti menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, mendaftarkan maklumat diri mereka dan mematuhi penanda jarak sosial di dalam premis setiap masa. Pembersih tangan ditempatkan di lokasi-lokasi penting, manakala pembersihan secara berkala turut dibuat ke atas premis tersebut.

 

“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, inisiatif ini mewakili komitmen Perodua yang berterusan untuk memberi keutamaan kepada pelanggan kami yang dihargai dalam segala yang kami lakukan,” tambahnya.

 

 

Senarai pusat servis dengan waktu operasi dilanjut adalah seperti berikut:-

 

Pusat servis Perodua dengan waktu operasi yang dilanjutkan

No

Pusat

Alamat

No telefon

1

Perodua Sentral PJ (3S)

Lot 11 & 12, Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

03-79474600 / 7958

2

PSSB Subang Jaya

Lot 678, Taman Perindustrian Subang, Jalan Perairan Subang Permai, 47620 Petaling Jaya, Selangor

03-80246888

3

PSSB Keramat

Lot 9 & 11, Lorong Enggang 31, Taman Keramat, 54200 Selangor

03-42569470 / 4253

4

PSSB Glenmarie (3S)

No 14 & 16, Jalan Juruhebah U I/50, Temasya Industrial Park, Phase 2, 40150 Shah Alam, Selangor

03-55691913 / 3984

5

PSSB Balakong (3S)

Lot 9257C, Jalan Balakong, 43300 Balakong, Selangor

03-89626488 / 6455

6

PSSB Puchong (3S)

No 4 Jalan BP 4/4, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor

03-80612112 / 6138

7

PSSB Johor Bahru 1 (3S)

No 75, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

07-2350920/0926/0920

8

PSSB Johor Bahru 2 (3S)

Lot 64280, PTD 111435, Jalan Johor Jaya, Kawasan Perindustrian Plentong, 81750 Johor Bahru, Johor

07-3530808/5060/5006

9

PSSB Seremban (3S)

Lot 500 & 1123, Batu 2, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

06-6331892 / 1776

10

PSSB Juru (3S)

No 1678, Jalan Perusahaan, Highway Auto City North-South, Juru, 13600 Prai, Penang

04-5011113/1114/1112

11

PSSB Penang

No 132-E, Jalan Patani, 10150 Georgetown, Penang

04-2822490/2430/2419

12

PSSB Ipoh 1

Lot 23, Tasek Industrial Estate, Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh, Perak

05-5476433 / 0433

13

PSSB Kota Bharu 1 (3S)

Lot 2309, Batu 4, Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan

09-7418201/8202/8203

14

PSSB Kuantan 2

No 23 Jalan IM 3/1, Bandar Indera Mahkota, 25350 Kuantan, Pahang

09-5721650/1654/1655

15

PSSB Kuching 1 (3S)

Lot 5023, Block 16, KLCD Jalan Sherip Masahor, 93350 Kuching, Sarawak

082-422133 / 237122

16

PSSB Kota Kinabalu 2

Mile 7, Jalan Putatan, 88300 Penampang, Sabah

088-769123 / 124

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…