Perodua lancarkan Bezza di Mauritius

oleh DIANA ISMADI|
Perodua yang telah mengeksport kereta-keretanya di Mauritius kini mengukuhkan lagi pasarannya di negara itu dengan melancarkan empat varian Bezza.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Mauritius merupakan destinasi yang strategik bagi kami kerana negara ini merupakan antara destinasi pelancongan paling popular di dunia dan dengan penjualan Perodua Bezza di sini, ia dapat memberi pendedahan global yang diperlukan” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

1

Empat varian Bezza yang telah dilancarkan adalah 1.0L transmisi automatik dengan harga Mauritian Rupees 589,268 (RM 73,705.45) dan 1.0L manual pula dengan harga Mauritian Rupee 562,884 (RM70,405.35).

Untuk varian 1.3L Premium X transmisi automatik, ia ditawarkan pada harga Mauritian Rupees 684,990 (RM 85,678.33) dan bagi transmisi manual, ia ditawarkan dengan harga Mauritian Rupees 657,699 (RM 82,264.78).

2

Rauf Dusmohamud & Co Ltd yang merupakan pengedar Perodua sejak 1996 lagi telah menjual lebih 2000 unit kenderaan Perodua dengan Perodua Viva menjadi model jualan yang terlaris.

Antara model yang telah dijual di negara itu termasuklah Kancil, Rusa, Kelisa, Kembara, Myvi, Viva, Axia, Alza dan yang terkini, Bezza.

3

“Kami menyasarkan untuk menjual secara purata, 168 unit Perodua Bezza dalam masa setahun, dengan mensasarkan pasaran kereta sewa, telsi bandar, golongan muda profesional dan keluarga muda” kata Pengarah Urusan Rauf Dusmohamud & Co Ltd, Rauf Dusmohamud.

Ternyata Perodua bukan sahaja jenama kenderaan yang dipercayai di Malaysia, namun ia turut diterima baik di Mauritius.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Hari pertama Ramadan (23 Mac), pelanggan sudah mula buat tempahan (kereta sewa) untuk pulang ke…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengesan satu…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, angka tersebut akan…