Perodua lancar Axia di Seychelles

oleh HEZERI SAMSURI|
Perodua mula mengembangkan sayap eksportnya ke Republik Seychelles, sebuah negara dengan 115 buah pulau, 1,500 km dari pantai Afrika Timur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam majlis pelancaran yang dilakukan di Hotel Eden Bleu semalam, SF Hybrid Motors Pty Ltd, pengedar rasmi jenama Perodua di Seychelles turut memngumumkan empat varian dan harga Axia yang dijual di negara kepulauan tersebut.

  • Perodua Axia E MT - Rupee Seychellois 235,000 (RM71,500)
  • Perodua Axia G AT - Rupee Seychellois 265,000 (RM80,600)
  • Perodua Axia SE - Rupee Seychellois 275,000 (RM83,700)
  • Perodua Axia AV - Rupee Seychellois 290,000 (RM88,300)

Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, pihak Perodua dan SF Hybrid Motors telah menandatangani Memorandum Persefahaman untuk syarikat itu memasarkan produk jenama itu di Seychelles bagi pembeli individu dan "fleet".

Perodua telah menjual lebih dari 3,000 unit kenderaan di seluruh benua Afrika.

 

 

"Kami akui prestasi eksport Perodua masih tidak signifikan tetapi kami sedang bekerjasama dengan rakan teknikal dan teknologi kami, Daihatsu Motor Company of Japan untuk memanfaatkan pengalaman dan rangkaian mereka bagi rancangan eksport Perodua yang lebih mampan dan menguntungkan," ujar Zahari.

Beliau juga berkata Seychelles adalah destinasi popular untuk pelancong dari Eropah dan Afrika dan ini memberikan pendedahan jenama Perodua kepada mereka.

Christophe Larue, Pengarah SF Hybrid Motors pula berkongsi rasa yakin beliau bahawa Axia adalah model yang sesuai dengan Seychelles kerana kelengkapan keselamatan, ciri-ciri pintar serta kos pemilikan, servis dan alatganti yang rendah.

"Kami menawarkan waranti selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km untuk pembeli Axia di sini," ujarnya.

* Nilai tukaran mata wang tepat semasa laporan ini ditulis

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…