Perodua kuasai 40% pasaran dengan jualan 240,341 kenderaan 2019

oleh SALINA JALIL|
Perodua telah memecahkan rekod jualan tahunan dengan jualqn 240,341 kendraan pada akhir tahun 2019, berbanding angka jualan pada tahun 2018 dengan jumlah 227,243.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Model kenderaan yang kekal tinggi menurut turutan adalah:

1. Alza
2. Aruz
3. Bezza
4. Axia
5. Myvi

Dato' Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua berkata, " pencapaian ini di kuar jangkaan kami. Kami amat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysiadi atas sokongan padu mereka".

"Kami menjangkakan pretasi jualan kami tahun ini setanding dengan tahun lepas.  Kami menetapkan sasaran jualan 240,000 unit untuk 2020 dan optimis ia boleh dicapai walaupun persaingan dijangka bertambah sengit tahun ini".

Angka jualan 2019 Perodua mewakili peningkatan 13,098 unit (peningkatan 5.8 peratus) berbanding 2018. Ia merupakan angka jualan tahunan tertinggi dalam SEJARAH syarikat tersebut.

"Berdasarkan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) 640,775 unit, Perodua menguasai hampir 40 peratus pasaran Malaysia, berbanding 38 peratus tahun 2018," ujar Dato' Zainal lagi.
 


Semua model Perodua menerajui segmen masing-masing pada 2019, termasuk Perodua Aruz yang menjadi SUV terlaris negara dengan angka jualan 30,115 unit.

Perodua Bezza 2020 pula setakat ini 2,000 unit telah dihantar ke pemilik dan 15,000 unit tempahan telah diterima yang merangkumi 8,000 tempahan untuk model sebelumnya yang telah ditukar kepada model Bezza terbaharu. 

"Kami menganggarkan 13,000 tempahan dari tahun lepas yang belum dipenuhi. Perodua sedang bertungkus lumus berusaha untuk menyerahkan kenderaan tempahan pelanggan secepat mungkin. Perodua hargai kesabaran anda serta memohon maaf di atas masa penungguan anda.


Perodua menyasarkan peningkatan pengeluaran sebanyak 4 peratus ke 254,000 unit daripada 244,400 unit oada tahun 219. Angka ini merangkumi pengeluaran untuk eskport dan penyimpanan stok untuk 2021.

Dato' Zainal turut berkata,"kami menjangkakan separuh pertama 2020 yang mencabar dan Perodua akan memberi tumpuan kepada memenuhi tempatan yang sedia ada. Kami juga akan membina inventori kami."

Perodua menjangkakan perbelanjaan RM6 billion tahun ini untuk memveri komponen tempatan berbanding RM5.4 billion tahun lepas.

 

 

Dari segi eskport 2019, Bezza sedan bawah 1.0 liter terlaris di Sri Lanka, manakala Perodua baru sahaja memasuki pasaran baharu, Seychelles.

"Walaupun eksport kami kekal berskala kecil, 2,800 unit tahun lepas, kami akan terus berusaha membina jenama kam," ujar Dato' Zainal lagi.

Dari sudut selepas jualan, Perodua menyaksikan 2.35 juta pengambilan servis pada 2019 melalui 186 pusat servisnya di seluruh negara - kenaikan 8.3 peratus  berbanding 2.17 juta pengambilan servis pada 2018.

Dato' Zainal menambah bahawa Perodua akan terus bekerjasama dengan para pengedarnya, yang kini membentuk 75 peratus  daripada rangkaian jualan dan servisnya, untuk menaik taraf dan melabur untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

"Perodua mempunyai rangkaian jualan dan servis kenderaan yang terluas di Malaysia. Kami berhasrat untuk menambah baik kemudahan yang sedia ada melalui kerjasama erat dengan para pengedar kami supaya kami boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami yang dihargai," kata Dato' Zainal,

Kami di Careta percaya Perodua mampu melunaskan apa saja yang disasarkan.
 

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…