Perodua kekal di tempat pertama, pengeluar tertinggi untuk bulan Ogos, Axia dan Bezza terlaris

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Pengeluaran kereta Perodua meningkat sembilan peratus pada Ogos didorong oleh dua model paling laris iaitu Axia dan Bezza.

Penganalisis RHB Investment Bank, Syahril Hanafiah, berkata bilangan unit Axia yang siap dipasang bulan lalu melonjak 14 peratus, manakala unit Bezza meningkat sebanyak 31 peratus.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Gambungan dua model ini merangkumi 57 peratus jumlah pengeluaran kereta Perodua pada bulan Ogos.

Proton turut mencatatkan kenaikan sebanyak empat peratus bulan lalu.

Honda mengalami kenaikan pengeluaran kereta sehingga lapan peratus setelah keluaran kereta jatuh selama dua bulan berturut-turut, manakala jumlah pengeluaran Toyota susut dua peratus bulan ke bulan.

TIV untuk bulan Ogos mencecah 71,162 unit, susut 2.3 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.

Kebanyakan syarikat pengeluar kereta utama mengalami kejatuhan jualan unit kereta dengan Proton, Toyota dan Honda masing-masing mengalami penurunan sebanyak 10 peratus, 17 peratus dan lima peratus tahun ke tahun.

Perodua merekodkan jualan bulanan tertinggi dengan mencecah bilangan sebanyak 34,700 unit, peningkatan sebanyak 11.6 peratus berbanding 2023.

Syahril berkata, "jualan kereta penumpang yang meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala jualan kereta komersial menurun 14 peratus yang mungkin disebabkan oleh penarikan subsidi diesel.

Artikel sepenuhnya di Berita Harian

Berita Berkenaan

Uncategorized
Melalui MoU itu, kedua-dua syarikat bakal menjalankan kajian kebolehlaksanaan serta bekerjasama ke…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata,…
Berita Domestik
"Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana kami ingin menjadikan EV sebagai…