Perodua Kancil dipandu sehingga 170 kmj terlibat kemalangan, bapa & anak maut

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sumber Facebook Wan Tacchini
Dua beranak dilaporkan maut selepas Perodua Kancil dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 276.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, pada Sabtu, 11.30 malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemandu Perodua Kancil itu maut di lokasi kejadian manakala anaknya yang berusia dua tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan, Abdul Malik Hasim, hasil siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka.

Abdul Malik berkata, "Apabila tiba di lokasi kejadian, tayar kereta itu disyaki pecah menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan dan melanggar besi penghadang pembahagi jalan di lorong kanan.

"Sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak dan dikatakan melanggar Perodua Kancil itu dan Perodua Myvi lain yang berada di lorong kedua."

 

2

 

"Anaknya meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban pada jam 7.40 pagi tadi.

"Isterinya yang berumur 27 tahun serta seorang lagi anak berusia lima tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah. Dua pemandu dan seorang penumpang kenderaan lain mengalami kecederaan ringan," katanya.

Abdul Malik berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke HTJ dan Hospital Kajang untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut dibawa ke HTJ bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta hubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019- 4611794.

 

Sumber: Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…