Perodua jual 6,988 kenderaan pada bulan Ogos 2021

oleh Mohamad Hanif|
Perodua telah mendaftarkan sebanyak 6,988 unit kenderaan pada bulan Ogos, berbanding 655 unit pada bulan Julai, berikutan peningkatan produksi serta pembukaan pusat jualan secara beransur-ansur sejak 16 Ogos lalu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Menurut Dato' Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua berkata, "kami menjangkakan jumlah pengeluaran dan pendaftaran akan meningkat berkali ganda pada bulan ini apabila keadaan kembali normal."

Setakat tahun ini, Perodua telah berjaya mendaftarkan sebanyak 104,933 unit kenderaan, penurunan sebanyak 12.5 peratus berbanding tempoh yang sama (Januari-Ogos) tahun lalu.

Perodua juga kini menurunkan sasaran jualan sebanyak 10.8 peratus kepada 214,000 kenderaan, berbanding sasaran yang diumumkan sebelum ini sebanyak 240,000 unit.

Tambah beliau lagi, Perodua masih lagi mempunyai bekalan cip semikonduktor yang mencukupi untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar tahun ini, serta menyelesaikan sebahagian besar tempahan Perodua yang tertunggak.

"Buat masa ini, bekalan cip semikonduktor masih menjadi isu global, dan kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi dan para pembekal untuk mengehadkan sebarang gangguan yang timbul."

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Gambungan dua model ini merangkumi 57 peratus jumlah pengeluaran kereta Perodua pada bulan Ogos.…
Berita Domestik
Menurut Paultan, MCE Holdings, menyatakan bahawa anak syarikatnya Multi-Code Electronics Industries…
Berita Domestik
Beliau berkata, jumlah tempahan tertunggak kedua-dua pengeluar kereta itu ketika ini berkurangan…