Perodua jual 61,624 kereta sepanjang suku pertama 2022, peningkatan 6.4 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Perodua mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan untuk tempoh suku pertama 2022 (Q1 2022) dengan 61,624 unit kenderaan didaftarkan, atau peningkatan 6.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "kesan daripada COVID-19 dan isu bekalan komponen masih wujud, namun kami telah bekerjasama dengan para pembekal dan pengedar bagi mengurangkan impak tersebut.

Jelasnya, fokus Perodua adalah untuk mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada para pelanggan sebelum berakhir tarikh pengecualian cukai jualan pada 30 Jun 2022.

Perodua juga dalam masa yang sama turut bersama dengan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) merayu untuk melanjutkan tarikh pengecualian cukai jualan disebabkan oleh faktor seperti gangguan bekalan cip semikonduktor di peringkat global, serta kes COVID-19 yang masih lagi memberikan kesan kepada industri.

Sepanjang Mac 2022, Perodua mencatatkan angka jualan sebanyak 26,759 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 9.5 peratus berbanding 24,433 unit yang dijual pada Mac tahun lalu.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, jualan Mac melonjak 53.2 peratus berbanding 17,421 unit yang didaftarkan pada Februari 2022.

Dalam pada itu, Perodua juga turut menjangkakan suku kedua tahun ini akan menjadi kemuncak bagi industri automotif di mana jenama lain akan turut cuba menghantar seberapa banyak kenderaan dalam tempoh tiga bulan tersebut.

Perodua juga turut mengekalkan sasaran jualan sebanyak 247,000 uniot untuk tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…