Perodua jual 250 ribu kenderaan untuk tempoh Januari-November 2022, lepasi sasaran tahunan

oleh Mohamad Hanif|
Prestasi pengeluaran, jualan bulanan dan tahunan Perodua setakat ini mencapai paras tertinggi pada bulan November.

Dari segi jualan, Perodua telah berjaya menjual sebanyak 250,795 unit kenderaan untuk tempoh Januari hingga November, sekaligus melepasi sasaran tahunan keseluruhan sebanyak 247,800 unit seperti yang diumumkan pada awal tahun lalu.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “Pencapaian jualan ini adalah seiring dengan pencapaian pengeluaran kami setakat tahun ini, yang berjumlah 258,960 unit. Kami juga berjaya mencapai pengeluaran bulanan tertinggi sejak penubuhan kami iaitu sebanyak 29,149 unit.

“Pencapaian ini memberi makna pada semua peringkat; yang pertama ia menunjukkan keupayaan kami dalam memaksimumkan sumber semasa, baik di Perodua mahupun para pembekal di dalam ekosistem kami.

“Yang kedua ialah melalui pencapaian ini, kami kini menyedari bahawa kami boleh meningkatkan lagi operasi – dalam jualan dan pengeluaran kami tanpa  perlu melabur untuk kilang baharu atau mendapatkan kawasan tanah yang luas bagi operasi pembuatan kami.
 

Axia


Bagi perbandingan tahun ke tahun, jualan Perodua telah meningkat sebanyak 50.0 peratus kepada 250,795 daripada 167,250 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Peningkatan jualan ini adalah disebabkan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan COVID-19 antara Jun dan pertengahan Ogos tahun 2021.

Jualan bulanan juga mencatatkan rekod baharu dengan 28,592 unit pada November 2022, iaitu peningkatan 40.9% jika dibandingkan dengan 20,299 unit yang dijual pada November 2021, dan peningkatan 10.6% jika dibandingkan dengan 25,849 unit yang dijual pada Oktober tahun ini.

Tiga model teratas Perodua yang dijual pada November ialah Bezza dengan 8,089 unit, diikuti Myvi dengan 6,624 unit dan Axia dengan 5,812 unit.

“Kami akan meneruskan momentum jualan dan pembuatan kami untuk memastikan semua pelanggan kami yang dihargai menerima kenderaan Perodua mereka dengan lebih cepat serta memastikan mereka yang menempah kenderaan Perodua dalam tempoh masa pengecualian cukai jualan akan mendapatkan kereta mereka sebelum 31 Mac 2023, ” Dato' Sri Zainal berkata.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Buat masa ini, spesifikasi penuh hanya akan diketahui menjelang pelancaran rasmi, namun berdasarkan…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya sudah pun mengambil…
Berita Domestik
Namun Presiden dan CEO Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad menjelaskan keupayaan Perodua pada ketika…